SkoDeng TeaM

Wednesday, September 24, 2014

Hadiah Untuk Mr.Stranger

Assalammualaikum semua :)

Disebabkan lama tak menjengah sini Emmy & Mr.Stranger nak minta maaf dulu dengan korang semua. Hmmm, slot-slot cerita kami akan disambung kemudian disebabkan Mr.Stranger agak sibuk sikit. So, nampaknya Emmy seorang saja lah yang akan mengupdate entry di blog ini.

Kali ini Emmy nak cerita tentang hadiah yang Emmy bagi pada Mr.Stranger sempena Hari Lahir beliau baru-baru ni. Actually, hadiah ni Emmy beli pun dah last minute. Tak tahu nak bagi hadiah apa sebenarnya. Bila fikir punya fikir, tarraaa dapat idea dah ^_^


Inilah, hadiah yang Emmy maksudkan tu JAM TANGAN. Memandangkan jam tangan Mr.Stranger yang lama dah rosak dan dia sangatlah malas nak repair. Emmy belikan lah yang baru sempena Hari Lahir beliau. At least, bila dia tengok jam tangan u, dia akan teringat dekat Emmy..ekekekeke..

"Selamat Hari Lahir Sayang, semoga sentiasa sihat, ceria dan dipanjangkan umur. Hope, Cinta dan Sayang Mr.Stranger sentiasa bertambah dan takkan berkurang untuk Emmy. Sayang Mr.Stranger sangat-sangat"

Nota kaki : Itu je nak tulis, nanti ade masa lagi Emmy update cerita lain pulak.. K bai :)

No comments:

Post a Comment