SkoDeng TeaM

Friday, June 15, 2012

Slot 1: Tentang Emmy

Salam 1 Malaysia & Salam Jumaat ^_-

Hai u all's!! Apa khabar? sihat tak hari ini? Emmy harap u all's Sihat2 sahaja..=)
HEHEHEHE...Mr.Stranger tak tahu ni, Emmy curi2 update..=P

Actually, dalam entry kali ini. Emmy nak bercerita serba sedikit tentang latar belakang dan diri Emmy.. (sapa2 nak tahu pasal Mr.Stranger, tunggu dia story nanti noe!!)
ok, kita bermula dengan BIODATA Emmy k?

NAMA: NMY (Bukan nama sebenar).
ASAL: di sebuah daerah di JOHOR.
TARIKH LAHIR: 24.10.19**
BIL. ADIK-BERADIK: Bongsu dari 9 orang
STATUS: Hakmilik Mr.Stranger.

Sekarang Emmy akan bercerita tentang zaman ketika di bangku sekolah.

SDSM (darjah 1-6).

Kalau u all's nak tahu emmy ketika di sekolah rendah dulu adalah seorang murid yang sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Boleh dikatakan setiap tahun ada saja sukan yang Emmy wakili untuk sekolah Emmy. Paling banyak adalah sukan Olahraga =). Sekolah ini, sangat dekat dengan rumah Emmy. Setiap hari jugak la Emmy akan berjalan kaki untuk pergi dan pulang ke rumah dari sekolah. (best kot!! sebab ada geng..hahaha). Kawan baik ketika di SDSM, Si Tinggi (bulan lepas baru je kawin), Rocky (sibuk keje sebagai nurse di BP),dan Khaty (dah kawin jgak) ^_^. Hari2 terakhir di SDSM memang best, Terima Kasih kepada rakan2 dan guru2 yang banyak membantu..

S.M.J.K (C) S.H(tingkatan 1-5)

Ketika di sekolah menengah Emmy dah tak berapa nak aktif, masih bergiat dalam sukan tapi hanya untuk sukan sekolah sahaja. Sebabnya, Emmy tak berapa selesa di sekolah itu. Almaklum lah dulu sekolah melayu tetiba masuk sekolah cina lak (cultural shock jgak la =P). Di sekolah ini, orang pertama yang Emmy kenal adalah rakan baik Emmy iaitu anak En. Baha (dia pun cam Emmy jugak cultural shock). selepas beberapa bulan, baru lah boleh sesuaikan diri, kenal dengan Qilah, Cika, Fit, Shinoda, Bom, Lan, Fiq, Zack dan juga Mr.Stranger ^_- (teng3x). Actually, masa ini Emmy adalah seorang yang sangat pemalu. Kalau kawan pun dengan dak2 gurl melayu je..hoho..(mesti orang ingt Emmy sombong kan?). Padahal, Emmy pemalu tau!! =P. Dengan Mr,stranger pun tak pernah bertegur-sapa..(ish3x, teruk2).

Kolej I.K.I.P 

Setelah tamat tingkatan 5, Emmy telah melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di pantai timur dalam bidang pengajian perniagaan selama 3 tahun dan selama ini juga la Emmy lost contact dengan rakan2 yang lain. Tak dinafikan sepanjang berada di kolej ini banyak yang Emmy belajar. Salah satunya, ialah berdikari sebab masa ini memang dah duduk jauh dari keluarga so semua benda kta kena buat sendiri. Belajar menghormati kawan (semasa duduk di hostel) dan juga belajar berusaha sendiri untuk dapat ape yang kita inginkan.=) Alhamdulillah, akhirnya Emmy berjaya memegang segulung Diploma. Ha, nak tahu tak macam mana Emmy dengan Mr.Stranger bertemu kembali?? kita tunggu slot seterusnya...^_^



okbai...!!!

p/s: suruh Mr.stranger la update lak..=P

No comments:

Post a Comment