CEKAP KE MAHIR BAWAK KERETA???
SIKAP, itu yang akan stranger cerita dan kongsikan dengan korang semua.
Assalamualaikum semua,
Memang ramai antara kita yang berulang alik ke tempat kerja guna kereta@motor, tapi masih ramai juga yang tidak tahu apa itu toleransi dan berhemah dijalan raya seperti yang kita belajar semasa mengambil lesen memandu dahulu.
Bukanlah nak mendabik dada mengatakan stranger ni pandai sangat memandu, tapi kita mesti belajar cara nak atasi semua kelemahan tu termasuklah stranger sendiri, betul tak?Kita di Malaysia ni masih dikira negara yg tinggi nisbah kemalangannya terutama penunggang motor. Ini adalah graf yang stranger dapat dari google ------>>>
Mungkin jumlah kemalangan maut yang melibatkan nyawa ada penurunan, tapi jumlah kemalangan terus meningkat dan ini jelas menunjukkan sikap pemanduan pengguna jalanraya kat Malaysia ni tidak berubah. Persoalannya kenapa??cekap atau mahir bawak kereta?ok ni adalah dua perkataan yang subjektif dan ini cuma pendapat peribadi stranger je, mungkin ada yang tak setuju. Tapi biar stranger cerita dan jelaskan. Cekap tak semestinya mahir, dan mahir tak semestinya cekap. Pening sikit dengan bunyinya kan?bukan sama je ke?Ni stranger selitkan sikit contoh gambar hiasan pasal sikap sesetengah pemandu yang cekap ------>>>
Mesti korang tak paham kenapa stranger cakap pemandu ni cekap kan??ok jawapan dia simple, pemandu ni sangat cekap memandu di laluan berselekoh@blindroad, kerana dengan anggaran kelajuan dan jarak kenderaan bagi pemandu ini, dia memang akan dapat melepasi@memotong kenderaan di hadapan dia tu, ini pemandu yang cekap. TAPI dari sudut lain pulak, kita melihat pemandu ni tidak mahir, kenapa??kerana dia mengabaikan undang-undang dengan memotong di garisan berkembar, tidak memberi isyarat memotong, menghimpit kenderaan yang dipotong. Baik, ini cuma contoh je, jangan ambil hati ye?
Kadang tu, ada sesetengah situasi pulak orang yang jalan lurus terpaksa memberi laluan kat orang yang baru keluar dari simpang. Padahal "BERI LALUAN" tu untuk orang yang keluar dari simpang. Betul tak?siapa pernah alami situasi ni?Kenapa macam tu?Sebab individu itu hanya cekap tapi tidak mahir!!!Dah dua contoh stranger bagi kat korang, jadi nampak tak istilah CEKAP dan MAHIR tu. Ni stranger bagi maksud simbol bagi laluan, harap jelas ok?
Tapi kan ada pulak antara kita yang fikir akan "malu lah, poyo lah, noob lah" kalau kita terlalu ikut peraturan. Tapi sebenarnya itulah MAHIR yang sebenar!!Sayang nyawa atau sayang ego??so, kita sama2 pebaiki sikap ni ok??
Bak kata pepatah "ibarat resmi padi ; makin berisi makin tunduk" dan bukan "berlagak ayam jantan" macam tu jugalah yang stranger harapkan pada kita semua rakyat Malaysia!!Malaysia Boleh!!!Anda Pun Boleh!!!
Oklah, ini saje info yang stranger nak kongsikan dengan korang, harap bermanfaat k?peace no war!
p/s : buah rambutan dibawak belayar,
masak sebiji didalam peti,
kalau tuan-tuan tak boleh bersabar,
kelak nanti merana diri.
subuh hari merenung di tingkap,
larut malam duduk berzikir,
kalau rasa diri tu dah cekap,
belum tentu diri tu mahir.
Sekian.